Rabu, 26 Februari 2014



Bismillahirrahmanirrahim

Disaat aku hampir terhanyut dalam pusaran rindu yang tak berujung..
Disaat aku hampir tenggelam dalam lautan gelisah yang tak bertepi..
Disaat aku hampir terbakar dalam api asmara yang tiada pernah padam..
Disaat aku hampir terhempas oleh badai cemburu yang tiada tentu arah..
Kerana aku hanyalah setitik kerikil di hamparan pasir yang luas..
Kerana aku hanyalah selaksa buih di lautan yg luas..
Kerana hati ini rapuh..
Kerana jiwa ini lemah..

Ajarkan aku mencintaimu dengan sempurna..

Bukan kerana elok wajah yang bisa sirna seiring waktu..
Bukan kerana harta yang bisa musnah bersama datangnya susah..
Bukan kerana singgasana yang sewaktu waktu akan runtuh di ujung zaman..

Ajarkan aku mencintaimu kerana Allah..
Cinta yang tak akan perna


h lekang oleh waktu..
Cinta yang tak akan lapuk oleh zaman..
Cinta dalam kemuliaan dunia..
Cinta dalam keabadian akhirat